Teh Botol Sosro

Teh Botol Sosro adalah jenama teh bunga melati dipasarkan oleh PT. Sinar Sosro, sebuah syarikat minuman Indonesia. Teh Botol Sosro sangat masyhur di negara tersebut malah turut dijual di banyak negara luar Indonesia termasuk Malaysia dan Singapura. Bahkan, hasil kajian penelitian dilakukann majalah SWA mendapati bahawa jenama ini lebih digemari masyarakat Indonesia daripada jenama-jenama minuman lain termasuk Coca-Cola;[1] penemuan ini turut masih konsisten dengan kajian serupa dilakukan Youthlab Indonesia tahun 2011 dengan 84% pemuda Indonesia lebih memilih Teh Botol Sosro dibandingkan Coca-Cola.[2]Teh Botol Sosro pertama kali dijual pada tahun 1940 dalam bentuk kemasan teh kering siap saji. Pada tahun 1969, teh ini mula dijual dalam kemasan botol dan merupakan produk teh pertama yang dijual dalam botol tidak sahaja di Indonesia malah di dunia.[3] Bentuk botol yang dikenal saat ini mulai digunakan pada tahun 1974. Sejak tahun 1990-an Teh Botol Sosro juga dikemas dalam kotak 200 ml dan 250 ml.